Sunday, December 18, 2011

titisan itu jatuh juga

Sekuat mana pun seorang lelaki itu,
bila jatuh air matanya,
itu tanda dia betul2 lemah.
Ketika itu dia sudah hilang segala sumber kekuatannya.

-petang yang syahdu-

Friday, December 16, 2011

Enam jalan ke syurga

Dalam satu riwayat dari Abu Umamah RA, Dari Nabi SAW bersabda
"Bagi jaminan kepada aku tentang enam perkara (menjaga enam perkara), aku janji (jamin) akan syurga untuk kamu,

Yang pertama, bila bercakap, jangan berbohong

dan apabila diamanahkan sesuatu perkara, jangan khianati amanah tersebut

apabila kamu berjanji, jangan kamu mungkiri

yang keempat, tundukkanlah pandangan mata kamu,

dan hendaklah kamu tahan tangan kamu daripada berbuat perkara yang berdosa (jangan mengambil apa yang bukan hak kita)

dan peliharalah kemaluan kamu (jangan berzina)"

Dan Allah menyuruh Nabi SAW berpesan kepada wanita, supaya menundukkan pandangan mata, menjaga maruah dan kehormatan diri, dan janganlah sekali-kali wanita menunjukkan perhiasan diri yang ada pada mereka (kepada orang yang ajnabi (bukan mahram). Dalam tafsir yang muktabar, dibahaskan perhiasan wanita itu ada dua perkara, yang pertama, perhiasan yang ada pada diri mereka, yakni pada badan mereka supaya tidak menunjukkan bentuk badan dan baju yang ketat. Dan yang kedua menunjukkan perhiasan yang mereka pakai seperti gelang, rantai, dsb.

Tuesday, December 13, 2011

Lelaki

Seorang lelaki, tidak selalu menceritakan masalah mereka jika tidak perlu

Ini kerana lelaki sentiasa akan memikirkan bagaimana mencari solusi dari hanya menagih simpati

Bilamana airmata seorang lelaki itu jatuh, itu bukan bererti mereka lemah..

tetapi ketika itu hati mereka benar-benar menagih pertolongan dari Sang Pencipta,

mereka lebih memilih untuk memendam dan menangis seorang diri menyesal akan lemahnya mereka di hadapan Tuhannya..

Wanita tidak dijadikan pilihan untuk meluahkan masalah, kerana mereka tahu mereka masih kuat untuk menghadapi dugaan dan ujian dari Allah..

Lihat sahaja bagaimana Nabi Muhammad SAW bertahannuth di Gua Hira' untuk mengadu dan mengasingkan diri untuk menyerahkan segalanya pada Allah..

Bila air mata itu jatuh ke bumi,
Hanya Tuhan tempat berserah diri,
Bukan wanita sebagai peneman sunyi,
Kerana mereka adalah LELAKI SEJATI...

Friday, December 9, 2011

Thursday, November 24, 2011

orang kaya, tapi dia miskin??

Kita selalu tertanya-tanya, kenapa dia ada tapi aku tak ada?

Kawan kita ada handphone yang mahal, tapi kita tak mampu nak beli, lantas kita cemburu dengan kelebihan yang dia ada...

mengapa dia je yang ada?

Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNya..

Manusia selalu cemburu dengan harta, walhal hakikatnya itu semua hanyalah di dunia, sedangkan yang dibawa 'pulang' hanyalah amalan dan doa...kalau pun harta yang di bawa masuk ke kubur hanyalah kain putih yang beberapa helai sahaja...

Kadangkala, Allah bagi orang lain kelebihan harta, kita tak ada pun...bukan kerana Allah tak adil dan tak mahu bagi kat kita...

Tapi Allah simpan kita di suatu masa yang lain...sebab Allah tahu kita tak perlukannya sekarang...tapi untuk masa yang akan datang...

Allah bagi kawan kita duit yang banyak, Tapi Allah tak bagi pun kat kita, sebab Allah tahu kita tak perlukannya pun...tapi Allah nak suruh kita usaha lebih untuk dapat macam kawan kita dapat...

Ada orang yang buat bisnes besar, untung berjuta-juta, ada rumah yang besar...tapi hati tak pernah tenang, risau duit yang banyak di dalam bank, rumah yang selalu dimasuki pencuri, bagaimana nak tambah lagi kekayaan, lalu jiwa dan kepalanya sentiasa gundah gelana.....
 
Tapi... ada seorang makcik tua di kampung, duduk hanya dalam rumah yang usang, kerjanya hanya bangun pagi-pagi, buat nasi lemak untuk di jual di depan rumah...dapatlah sehari untung dalam 50 ringgit..tapi hatinya bersyukur dengan rezeki yang dia dapat, cukup untuk makan minum, cukup untuk beli barang dapur, cukup untuk bagi makan kucing dan lain-lain.

Walaupun rezeki yang dia dapat tak banyak mana, tapi dia tetap merasa cukup dengan apa yang dia dapat, hatinya tenang, berbanding dengan orang kaya tadi...

Benarlah kata saidina Ali karamallahu wajhah
"Orang yang kaya ialah mereka yang sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada, sedangkan orang yang miskin ialah mereka yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang mereka ada"

Walaupun orang kaya banyak duit, tapi tak pernah rasa cukup, dia miskin!
Walaupun makcik tua tak banyak duit, tapi dia sentiasa rasa cukup dan bersyukur, dia kaya!

Thursday, August 25, 2011

Ianya akan berharga bila sudah tiada..


Kadang-kadang, Kita tak akan perasan benda yang ada depan mata,

Yang kita miliki, Tak pernah nak hargai...

Sampailah ketikanya Allah 'ambil' barang tu dari kita....

Untuk mengajar kita erti kasih sayang...

Supaya kita dapat mula untuk menyayanginya..

Sebab bila ada, kita tak pernah nak hargai,

Bila dah tiada, baru kita akan mula sayang padanya..


Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kita mahu lakukan..



Tuesday, August 23, 2011

'Ainul Mardhiah - Kisah Bidadari

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (- bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...akulah ainul mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....